Habakuk 3:18-19 (AVB) aku akan bersuka ria kerana TUHAN dan bergembira kerana Allah yang menyelamatkan aku. ALLAH Tuhan kekuatanku. Dia membuat kakiku melangkah seperti kaki rusa, dan melancarkan jejakku di tempat-tempatku yang tinggi. (Untuk pemimpin biduan dengan alat muzik bertali). Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dia membuat kakiku melangkah" Bab tiga kitab Habakuk ialah doa nabi Habakuk nyanyian bernada ratapan (ay. 1), kenapa dia meratap sebab melihat hukuman TUHAN yang disebut dalam bab sebelum ini. Nabi Habakuk tidak dapat bertahan dalam hukuman itu tetapi TUHAN yang memberi dia kekuatan, sehingga dalam kesusahan dia tetap memuji TUHAN, sebab TUHAN penyelamatnya dalam kesusahan itu (ay. 17-18). Tuhan Yesus ketika mengharungi penderitaan tetap kuat kerana TUHAN memberi kekuatan dan memampukan Dia melangkah mengharungi penderitaan itu (Luk. 22:43). Mari kita belajar ingat kepada TUHAN ketika mengalami penderitaan sebab Dia membuat kakiku melangkah lagi. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.8.2024.

Comments

Popular Posts