Zakharia 12:4-5 (AVB) Pada waktu itu,” demikianlah firman TUHAN, “Aku akan mengazab semua kuda dengan kebingungan dan penunggangnya dengan kegilaan. Tetapi akan Kubuka mata-Ku untuk mengawasi keturunan kaum Yehuda sementara Aku membutakan semua kuda milik suku-suku bangsa. Maka para ketua kaum Yehuda akan berkata dalam hati mereka, ‘Penduduk Yerusalem memiliki kekuatan kerana TUHAN alam semesta, Allah mereka.’ Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Penduduk Yerusalem memiliki kekuatan" Nabi Zakharia menyampaikan pesan TUHAN bahawa waktu akan tiba suku bangsa yang lain datang mengepung Yerusalem (ay. 3). Tetapi mereka tidak berjaya menghancurkannya, teringat saya peristiwa Perang Enam hari pada tahun 1946 apabila Israel mengumumkan negara merdeka mereka, suku bangsa di sekeliling menyerang mereka dari semua arah, tetapi entah macam mana Israel menang dalam perang itu. Firman TUHAN digenapi berulang kali untuk Israel. Negara kecil dikelilingi suku bangsa yang mahu menghancurkan mereka tetapi tidak berjaya, kita mengakui penduduk Yerusalem ada kekuatan kerana TUHAN alam semester Tuhan mereka. Tuhan Yesus sudah menjadi TUHAN kita, Ia jugalah TUHAN bangsa Israel, kita tahu penyertaan Tuhan Yesus memampukan gereja masih ada di negara kita sampai hari ini. Mari kita belajar penduduk Yerusalem ada kekuatan kerana TUHAN alam semesta TUHAN mereka iaitu TUHAN kita juga melalui Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.8.2024.

Comments

Popular Posts