Maleakhi 2:14, 16 (AVB) Kamu bertanya, “Mengapakah demikian?” Kerana TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar. “Aku membenci perceraian,” demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Membenci perceraian" Nabi Maleakhi menyampaikan pesan TUHAN kepada orang Israel, bahawa Dia membenci perceraian, bukan TUHAN saja membenci perceraian tetapi umat gereja juga, semua merasa sedih apabila berlaku perceraian. Perceraian adalah buah perkahwinan yang tidak bahagia, antara penyebab curang atau mengkhianati dengan isteri atau suami, mengasari isteri atau suami, pemabuk dan sebagainya. Tuhan Yesus juga tidak menyokong perceraian tidak seperti pemimpin agama dan rakyat pada zaman-Nya yang sewenang-wenangnya menceraikan isteri tanpa alasan yang kukuh, sebab apa yang disatukan oleh TUHAN tidak boleh diceraikan oleh manusia (Mat. 19:4-6), tetapi manusia selalu mendahuli TUHAN, kalau betul tidak bahagia dengan perkahwinan berdoalah kepada TUHAN supaya saling bertaubat kalau masih tidak bertaubat pilihan terakhir berdoa supaya TUHAN bubarkan perkahwinan itu iaitu maut yang memisahkan. Mari kita belajar membenci perceraian sebab sudah disatukan jiwa dan roh oleh TUHAN (ay. 15). Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.8.2024.

Comments

Popular Posts