Maleakhi 3:17-18 (AVB) “Mereka akan menjadi milik-Ku,” firman TUHAN alam semesta, “pada waktu Aku membuat mereka menjadi harta kesayangan-Ku. Aku akan menyayangi mereka seperti seseorang menyayangi anaknya yang menuruti perintahnya. Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang " beribadat kepada TUHAN" Kitab Maleakhi menegur sikap para imam dan juga rakyat keseluruhan mungkin berlatar belakang zaman Bait Suci yang kedua sebab berkisar tentang ibadat. Nabi Maleakhi juga menyampaikan pesan kepada rakyat yang berfikir orang yang beribadat dan yang tidak sama sahaja keadaan hidup mereka malah ada yang lebih makmur daripada yang beribadat dan melakukan hukum TUHAN (ay. 14-15). TUHAN menjawab bahawa mereka yang beribadat, TUHAN akan menyayangi mereka seperti menyayangi anak sendiri (ay. 17), itulah nanti yang menunjukan perbezaan antara mereka yang beribadat kepada-Nya dan yang tidak, orang fasiq dan yang menurut perintah TUHAN (ay. 18). Mari kita belajar bahawa kita orang yang beribadat kepada TUHAN melalui Tuhan Yesus di gereja sudah tentu kita disayangi oleh TUHAN, seperti menyayangi anak sendiri. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.8.2024.

Comments

Popular Posts