Tetapi Akhis mempercayai Daud, kerana fikirnya, “Tentulah dia telah membuat diri dibenci dalam kalangan bangsanya orang Israel. Oleh itu, dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya.” 1 Samuel 27:12 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi hambaku" Bab 27 kitab 1 Samuel bersambung kisah pelarian Daud daripada buruan Saul, dia ke Filistin lagi di kota Gat, dahulu dia pernah ke sana melarikan diri dulu berpura-pura gila (1Sam.21:10-15). Kali ini tidak tetapi datang dengan tipu muslihat, meminta perlindungan dalam masa yang sama menyerbu kota-kota orang Filistin tidak dibiarkan satu pun hidup sebab takut kedapatan penyerbuan mereka (ay.8-9). Bila ditanya oleh Akhis raja orang Gat, Daud katakan menyerbu di tanah Yehuda (ay.10). Akhis pula berfikir asalkan Daud setia dengannya "dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya" (ay.12). Begitulah hubungan dua bangsa yang penuh tipu daya, sehingga hari ini pun tipu daya antara kerajaan di dunia masih berlaku hubungan kelihatan baik diluar selagi mereka saling "menjadi hambaku" Semoga hubungan kita dalam gereja tidak ada unsur tipu daya dan berfikir 'dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya" Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar tidak menjadi hamba atau menjadikan orang lain jadi hambaku. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 3.2.2026.

Comments

Popular Posts