Maka Daud mengambil tombak dan buyung air itu dari dekat kepala Saul, lalu mereka pergi. Tidak ada yang melihat, tidak ada yang mengetahui, dan tidak ada yang terjaga. Mereka semua tertidur, kerana TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelapnya.
1 Samuel 26:12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelepnya"
Bab 26 kitab 1 Samuel bersambung kisah pelarian Daud daripada buruan Saul.
Saul dengan petunjuk orang Zif yang melihat Daud bersembunyi di bukit Hakhila (ay.1) membawa 3 ribu orang terpilih untuk memburu Daud (ay.2).
Sekali lagi Daud berpeluang membunuh Saul untuk kali ke-2, tetapi dia enggan sebab tidak mahu membunuh raja yang dilantik oleh TUHAN (ay.9).
Daud berpeluang membunuh Saul ketika semua askar yang bersamanya tidur, kerana TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelepnya (ay.12).
Begitu mudah kalau TUHAN mahu membunuh Saul di tangan Daud hanya membuat mereka tertidur.
Hari ini pun tertidur dengan lelepnya baik secara fizikal dan rohani boleh membunuh kita, TUHAN sajalah yang membuat kita masih terjaga lagi dan hidup lagi.
Semoga TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelepnya membangun kita semua supaya hidup lagi.
Doa: Tuhan Yesus tolong jaga kami ketika kami tidur.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 2.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment