Kata Natan kepada Daud, “Engkaulah orang itu! Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku telah melantik engkau menjadi raja atas orang Israel, dan Aku telah membebaskan engkau daripada tangan Saul. Seisi istana tuanmu telah kuberikan kepadamu, demikian juga isteri-isteri tuanmu ke pangkuanmu. Aku pun mengurniakan kepadamu keturunan kaum Israel dan Yehuda. Jika itu belum cukup, tentu Aku akan menambahkan ini dan itu lagi bagimu.” 2 Samuel 12:7-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jika itu belum cukup" Bab 12 kitab 2 Samuel kisah Daud ditegur oleh TUHAN melalui nabi Natan tentang pembunuhan Uria dan mengambil isterinya secara diam-diam (ay.9), akibat dosa itu pedang tidak akan menjauhi keluarga Daud untuk selama-lamanya (ay.10). Begitulah jahat dosa berzina dan membunuh. Sedangkan Daud memiliki ramai isteri atau mengambil anak dara menjadi isteri kalau tidak cukup berbanding mengambil isteri orang lain dan ini adalah isteri ketika bekas isteri orang lain. Adakah berkat TUHAN masih kurang kenapa perlu berzina dan membunuh. Semoga kita ingat berapa banyak berkat yang TUHAN berikan kepada kita jika itu belum cukup tentu TUHAN menambahkan lagi tetapi janganlah berzina dan membunuh seperti Daud. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak berzina dan membunuh. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 19.2.2026

Comments

Popular Posts