Apabila ada orang yang mendekat untuk memberi hormat kepadanya, maka dia akan menghulurkan tangannya, merangkul orang itu, dan menciumnya. Itulah yang dilakukan Absalom terhadap semua orang Israel yang datang menghadap raja untuk diadili perkaranya. Demikianlah Absalom mengambil hati para warga Israel. 2 Samuel 15:5-6 Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Merangkul orang itu dan menciumnya" Bab 15 kitab 2 Samuel kisah perberontakan Absalom, berlaku bukan semalam tetapi empat tahun tanpa disedari oleh raja Daud atau para pengawainya, bukan berlaku di kota lain tetapi di Yerusalem. Absalom mengambil hati rakyat yang mengadu kepada raja, dalam perjalanan menghadap raja dia terlebih dahulu bertemu rakyat dengan menghulur tangan, merangkul dan menciumnya (ay.5-6), begitulah yang dilakukan Absalom setiap hari (ay.2) selama empat tahun (ay.7). Absalom akhirnya mengistiharkan diri sebagai raja ketika berada di Hebron (ay.10). Raja Daud pula melarikan diri dari istana di Yerusalem bersama para pengawai dan orang asing iaitu orang Kreti dan Pleti seramai 600 orang (ay.18), Itai orang Gat juga ikut raja walaupun dia baru semalam datang (ay. 20). Begitulah kisah melarikan diri raja kerana pemberontakan Absalom yang berjaya itu. Hari ini ramai yang menghulur tangan, merangkul orang itu dan menciumnya tetapi kita tidak tahu niat sebenar dalam hati. Semoga apabila kita merangkul orang itu dan menciumnya ikhlas bukan seperti ciuman Absalom atau Yudas Iskariot. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ikhlas bila berjabat tangan dengan seseorang. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 22.2.2026.

Comments

Popular Posts