Setelah itu, berkatalah Absalom kepada Ahitofel, “Berilah kami nasihatmu. Apa yang harus kita lakukan?”
Jawab Ahitofel kepada Absalom, “Hampirilah para gundik ayah tuanku yang ditinggalkannya untuk menunggui istana. Apabila semua orang Israel mendengar bahawa tuanku dibenci oleh ayah tuanku kerana perbuatan tuanku, maka semua orang yang menyertai tuanku akan dikuatkan keyakinan mereka.”
2 Samuel 16:20-21
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berilah kami nasihatmu"
Bab 16 kitab 2 Samuel bersambung kisah Daud melarikan diri daripada Absalom yang memberontak.
Dalam perjalanan Daud dan rombongan dia bertemu dengan Ziba hamba Mefiboset dia membawa dua ekor keladai untuk ditunggangi oleh keluarga raja dan makan dan yang banyak untuk raja dan rombongan (ay.1-2).
Mefiboset tidak ikut menurut Ziba dia di Yerusalem sebab yakin dia akan menjadi raja (ay.3).
Kemudian raja Daud bertemu pula Simei kaum keluarga raja Saul dia mengutuk terus menerus dan melempari batu dan menghamburkan debu (ay.5,13).
Absalom pula tiba di Yerusalem, sesampai di sana dia meminta nasihat Ahitofel, nasihat Ahitofel ialah hampirilah para gundik ayah tuanku yang ditinggalkan untuk menunggu istana (ay.21).
Jijik dan tidak bertamadun nasihat Ahitofel tetapi dilakukan juga oleh Absalom di atap istana, mungkin tempat yang sama ketika raja Daud terpadang Batsyeba mandi (2 Sam.12:2).
Apa yang lakukan oleh Absalom sudah dinubuatkan oleh nabi Natan (2 Sam.12:11-12).
Begitulah kisah panjang Daud kerana dosa perzinaannya dan dosa membunuh suami Batsyeba.
Ahitofel memberi nasihat sesuai keadaan tidak beradap demi menjadikan kejahatan sebagai senjatan melawan kejahatan.
Semoga kita berilah kami nasihatmu bukan nasihat jijik walaupun dalam situasi jijik.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak memberi nasihat jijik.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 23.2.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment