Perempuan itu memiliki seekor anak lembu tambun di rumahnya. Disembelihnya segera lembu itu, diambilnya tepung, diramasnya, lalu dibakarnya menjadi roti tidak beragi. Kemudian dihidangkannya roti itu di depan Saul serta para pegawainya, dan mereka pun makan. Pada malam itu juga mereka segera berangkat.
1 Samuel 28:24-25
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dihidangkannya roti itu di depan Saul"
Bab 28 kitab 1 Samuel kisah Saul meminta petunjuk wanita pemanggil arwah (ay.7), Saul terdesak askar Filistin sudah berkumpul untuk menyerang Isreal, TUHAN pula tidak menjawab Saul minta petunjuk (ay.6).
Sedihkan kalau kita tidak ada petunjuk atau kita tidak sedar petunjuk itu sebab terlalu takut seperti yang dialami Saul (ay.5)
Saul berjaya minta petunjuk Samuel melalui wanita pemanggil arwah itu, Samuel katakan kepada bahawa Saul dan anak-anak akan mati dalam peperangan itu pada hari esok (ay.19).
Bertambah takut Saul tidak mahu makan dan minium, tetapi akhirnya berjaya dipujuk oleh perempuan pemanggil arwah, dia menyembelih lembu dan membuat roti kemudian dihidangkannya roti itu di depan Saul serta para pengawainya (ay.25).
Boleh dikatakan hidangan terakhir Saul.
Tidak pasti hidangan terakhir kita itu bila, yang pasti akan tiba waktu itu.
Semoga kita sempat bertaubat sebelum dihidangkannya roti itu di depan Saul.
Doa: Tuhan Yesus ampuni dosa-dosa kami sebelum hidangan terakhir Saul itu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 4.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment