Saul memiliki seorang gundik bernama Rizpa anak Aya. Kata Isyboset kepada Abner, “Mengapakah engkau menghampiri gundik ayahku?” Maka sangat marahlah Abner kerana kata-kata Isyboset itu. Katanya, “Adakah aku ini kepala anjing dari Yehuda? Sampai kini aku telah menunjukkan kesetiaan kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada sahabat-sahabatnya. Aku tidak menyerahkan engkau ke dalam tangan Daud. Namun demikian, pada hari ini engkau menuduh aku bersalah dengan seorang perempuan!”
2 Samuel 3:7-8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menuduh"
Bab 3 kitab 2 Samuel kisah Daud mahu isterinya Mikhal anak Saul yang diperoleh dengan 100 kulit kulup orang Filistin (ay.14).
Abner panglima keluarga Saul pula dituduh oleh Isyboset menghampir gundik Saul (ay.7), Abner sangat marah dan berkata biarlah TUHAN menjatuhkan azab kalau benar dia lakukan (ay.9).
Tidak lama kemudian Abner dibunuh oleh Yoab penglima raja Daud (ay.27).
Begitulah drama bunuh membunuh berpunca dari perempuan.
Daud walaupun sudah memiliki ramai isteri dan anak lelaki (ay.2-5) mahu juga mengambil Mikhal (ay.14) sedangkan perempuan itu sudah bersuami, suaminya menangis ketika isterinya dibawa oleh Abner kepada Daud (ay.16) Abner pula menghampiri gundik raja Saul.
Semoga Isyboset tidak menuduh Abner menghampir gundik raja Saul.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tiada tuduhan kerana perempuan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 10.2.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment