Maka Akhis memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi TUHAN yang hidup, engkau memang tulus hati. Aku juga memandang baik pergerakanmu bersama-samaku dalam pasukan dan aku tidak mendapati kesalahan padamu sejak engkau datang kepadaku sampai hari ini. Namun demikian, para raja kota itu tidak berkenan kepadamu. Oleh sebab itu pulanglah. Pergilah dengan sejahtera supaya engkau tidak menjadi lebih tidak menyenangkan kepada para raja kota orang Filistin.” 1 Samuel 29:6-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tulus hati" Bab 29 kitab 1 Samuel kisah Daud ditolak oleh raja-raja Filistin kecuali raja Ahkis, mereka meragui kesetiaan Daud dan para pengikutnya berperang melawan pasukan Saul, takut Daud mengkhianati mereka (ay.4). Raja Ahkis terpaksa menyuruh Daud pergi dia berkata-kata demi TUHAN (Yahweh) Tuhan orang Isreal bahawa Daud seorang yang tulus hati dan tidak mendapat kesalahan sejak dia datang kepadanya (ay.6). Orang yang tulus hati boleh hidup di mana-mana walaupun di kalangan musuh, sebab sejahat-jahat manusia mereka suka orang yang tulis hati. Berapa kali kita berpindah tempat pelayan, tempat kerja, berpindah kampung, daerah dan sebagainya. Salah satu kunci kelangsungan hidup ialah tulus hati. Semoga kita seperti Daud tulis hati. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tulus hati melayani, bekerja, belajar, berniaga dan sebagainya. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 5.2.2026.

Comments

Popular Posts