Apabila penduduk Yabesh-Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Saul, semua orang yang gagah perkasa segera mengadakan perjalanan semalam-malaman. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anaknya dari tembok Bet-Sean. Setelah itu, mereka pulang ke Yabesh dan membakar mayat-mayat itu. Lalu mereka mengambil tulang-tulang itu dan menguburkan semuanya di bawah pokok tamariska di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari. 1 Samuel 31:11-13 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengadakan perjalanan semalam-malaman" Bab 31 kitab 1 Samuel penutup kitab ialah kematian Saul dan tiga orang anak lelakinya (ay.6), seperti mana yang dikatakan oleh Samuel (1 Sam.28:19). Kematian dalam perang bagi saya lebih terhormat sebab telah berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir demi negara. Orang Filistin memakukan mayat Saul di tembok kota Bet-Sean (ay.10). Apabila penduduk kota Yabesh-Gilead mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul, semua yang gagah perkasa mengadakan perjalanan semalam-malaman mereka mengambil mayat Saul membawa ke Yabesh membakar mayat itu, lalu mengambil tulang-tulang itu dan menguburkan di pokok tamariska di Yabesh (ay.11-13). Akhirnya Saul yang dilantik TUHAN kemudian ditolok oleh TUHAN bersemadi dengan aman. Syukur ada orang Yabesh-Gilead, siapa mereka itu? Satu masa dahulu Saul pernah menolong mereka dari serangan orang Amon (1 Sam. 11). Mereka berhutang budi pada Saul sebab itulah mereka memberanikan diri mengambil mayat Saul. Hari ini ingat lagi pada siapa kita berhutang budi, beranikah kita mengadakan perjalanan semalam-malaman untuk bertemu dengan mereka. Semoga kita seperti orang Yabesh-Gilead mengenang budi mengadakan perjalanan semalam-malaman. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mengadakan perjalanan semalam-malaman iaitu doa mengenang jasa seseorang kepada kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.2.2026.

Comments

Popular Posts