Lalu pasukan itu mara ke padang untuk menghadapi orang Israel, dan terjadilah peperangan di hutan Efraim. Di sana pasukan Israel dikalahkan di hadapan anak buah Daud, dan pada hari itu terjadilah pertumpahan darah besar-besaran dengan tertumpasnya dua puluh ribu orang. Peperangan itu pun meluas dari sana ke seluruh daerah itu, dan pada hari itu hutan memakan lebih ramai orang daripada pedang. 2 Samuel 18:6-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hutan memakan lebih ramai orang daripada pedang" Bab 18 kitab 2 Samuel kisah peperangan tentera raja Daud dengan tentera Absalom yang memberontak itu di hutan Efraim berdekatan dengan kota Mahanaim tempat Daud berlindung dan mengatur pasukan. Absalom pula tewas ditangan Yoab penglima raja Daud (ay.14), sebenar Yoab dan Absalom merupakan sepupu sebab Daud dan ibu Yoab adik beradik (2 Sam.17:25). Tetapi dalam situation perang tiada lagi ikatan persaudaraan kalau berbeza pasukan. Hutan Efraim dikatakan memakan lebih ramai orang daripada pedang, mungkin bentuk muka bumi yang curam atau tumbuhan hutan yang berbahaya dan sebagainya, jika dibandingkan dengan hutan yang kita ada hutan Efraim jauh lebih mudah dilalui kalau dilihat dalam gambar. Semoga kita terus berhati-hati kerana ada bahaya yang lebih jahat berbanding pedang ibarat hutan memakan lebih ramai orang daripada pedang dalam peperangan pasukan Daud dengan pasukan Absalom di hutan Efraim. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya berwaspada terhadap bahaya hutan Efraim. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 25.2.2026.

Comments

Popular Posts