Pada waktu itu Barzilai sudah sangat tua, usianya lapan puluh tahun. Selama raja tinggal di Mahanaim, dia menyediakan keperluan baginda, kerana dia seorang yang sangat kaya. Kata raja kepada Barzilai, “Menyeberanglah bersamaku. Aku akan menyediakan segala keperluanmu bersamaku di Yerusalem.” Kata Barzilai kepada raja, “Berapa lamakah lagi hamba hidup, sehingga hamba harus pergi bersama Raja ke Yerusalem?” 2 Samuel 19:32-34 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia menyediakan keperluan baginda" Bab 19 kitab 2 Samuel kisah raja dalam perjalanan kembali ke Yerusalem selepas Absalom dan pasukannya kalah dalam pertempuran perang saudara di hutan Efraim. Orang Isreal terlebih dahulu mengusulkan agar raja kembali ke Yerusalem (ay.10), kita tahu kenapa sebab mereka takut dihukum oleh raja sebab mereka menyokong Absalom sebelum itu. Simei anak Gara orang Benyamin yang mengutuk raja Daud juga sujud sembah mohon diampuni bersama-samanya seribu orang Benyamin (ay.18). Mefiboset juga datang dia anak Yonatan Saul yang diberi anugerah oleh raja makan satu meja di istana raja (ay.24). Barzilai orang Gilead menghantar raja sehingga di sungai Yordan, raja mahu dia ikut ke Yerusalem tetapi dia menolak sebab alasan sudah cukup tua untuk merasakan hidup mewah di sana, dia menyediakan keperluan baginda raja sepanjang berada di Mahanaim (ay.32-34). Menjadi tua dengan hati yang tenteram seperti Barzilai itu yang kita idamkan, tidak lagi jiwa kacau kerana tidak mahu lepaskan tanggungjawab, ego masih tinggi, dendam tidak dilepasakan, masih mengajar harta dan sebagainya. Semoga kita seperti Barzilai seorang kaya dia menyediakan keperluan baginda raja bukan dia yang menjadi beban raja dan hidup damai di kotanya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menjadi tuan yang menyediakan keperluan orang lain bukan sebaliknya. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.2.2026.

Comments

Popular Posts