Kata Daud kepada Mikhal, “Sebagai tanda syukur aku menari-nari bagi TUHAN yang telah memilih aku dan bukan memilih ayahmu atau sesiapa daripada seluruh keluarganya untuk menjadi pemimpin umat TUHAN, Israel. Dengan itu, aku akan terus menari-nari bagi TUHAN.”
2 Samuel 6:21
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menari-nari bagi TUHAN"
Bab 6 kitab 2 Samuel kisah Daud membawa tabut TUHAN dari rumah Abinadap (ay.3), agak lama tabut itu berada di sana selama 20 tahun (1 Sam.7:1-2), sebelum Saul menjadi raja, maksudnya selama 20 tahun Tabut TUHAN tidak berfungsi sebagi pusat penyembahan bangsa Isreal.
Daud tidak berjaya membawa Tabut TUHAN kerana TUHAN murka kepada Uza lalu membunuhnya sebab cuba memegang tabut itu ketika kereta lembu pengangkut tergelincir (ay.6-7).
Daud menjadi takut kemudian menyingakan Tabut TUHAN di rumah Obed-Edom selama tiga bulan (ay.10-11).
Kali kedua Daud mengangkut Tabut TUHAN akhirnya berjaya dibawa ke Yerusalem, Daud menari-nari dengan penuh semangat bersama seluruh umat dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala (ay.14-5).
Mikhal isteri Daud anak Saul memandang hina perbuatan Daud menari-nari di hadapan rakyat (ay.20).
Tetapi Daud katakan dia rela lebih daripada itu menari-nari di hadapan TUHAN sebagi tanda ucapan Syukur kerana memilih dia menjadi raja (ay.21-22).
Begitulah kehidupan suami isteri, boleh memberi semangat boleh juga menghina antara satu dengan yang lain, bukan saja gagal memberi hormat malah menghina.
Semoga kita boleh menari-nari di hadapan TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mampu memberi hormat kepada-Mu dengan cara kami sendiri.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 13.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment