Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel.” 2 Samuel 7:8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dari padang ragut" Bab 7 kitab 2 Samuel kisah Daud berniat membina rumah TUHAN di Yerusalem (ay.2). Tetapi TUHAN berfirman sesuatu yang berbeza, Dia mengingatkan Daud bahawa dari padang ragut dia diangkat menjadi pemimpin umat Israel (ay.8). Bukan hebatnya Daud, sebab pada masa Daud diurapi oleh Samuel masih lagi awal belasan tahun (1 Sam.16:12-13). Mungkin TUHAN sedang mengingatkan Daud asal usulnya sebagai gembala ternak di padang ragut yang selalunya tidak ada masa depan sebagi pemimpin. Hari ini TUHAN masih mengingatkan asal usul kita, ada yang sudah menjadi menteri, berjawatan tinggi dalam kerajaan atau syarikat besar, sudah berjaya dalam perniagaan mampu membina kilang sendiri dan sebagainya. Semoga kita ingat dari padang ragut raja Daud ambil oleh TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ingat dari padang ragut mana kami berasal. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 14.2.2026.

Comments

Popular Posts