Ketika Daud tiba di Mahanaim, datanglah Sobi anak Nahas dari Raba, kota bani Amon, bersama Makhir anak Amiel dari Lodebar, dan Barzilai, orang Gilead dari Rogelim. Mereka membawa tempat tidur, mangkuk, periuk belanga, juga gandum, barli, tepung, emping, kacang hijau, kacang merah, madu, dadih, domba dan keju daripada lembu untuk dimakan oleh Daud serta rakyat yang menyertainya, kerana kata mereka, “Rakyat tentunya berasa lapar, lelah dan haus di gurun.”
2 Samuel 17:27-29
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Daud tiba di Mahanaim"
Bab 17 kitab 2 Samuel bersambung kisah Daud melarikan diri daripada Absalom yang memberontak dan telah menguasai Yerusalem.
Ahitofel yang bijaksana itu menasihatikan Absalom mengajar Daud dengan 12 ribu askar terpilih (ay.1) tetapi nasihatnya diberi saingan oleh Husai orang Arki dan nasihatnya didengar oleh Absalom (ay.14).
Ahitofel kecewa dia pun menggantung diri mati begitu saja (ay.23).
Berhati-hati mereka yang bijaksana sekali nasihat tidak didengar masalah besar baginya.
Daud dan rombongannya yang lebih kurang 600 orang tiba di Mahanaim, Kota seberangi sungai Yordan, sesampai di sana mereka disambut oleh beberapa orang dari kota Amon dan orang Gilead, membawa peralatan dapur dan makanan dan minuman (ay.27-29).
Kota Mahanaim Kota perlindungan bagi Daud, mungkin agak terpencil aman damai boleh berehat seketika.
Hari ini kita seperti raja Daud dikejar-kejar oleh sesuatu, kerja, keluarga, pelayanan, bill-bill dan sebagainya.
Kita perlu ambil masa berada di kota Mahanaim untuk berehat seketika.
Semoga kita seperti raja Daud tiba di Mahanaim.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami berikan kami kota Mahanaim tempat kami berehat.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment