Setelah dua tahun berlalu, Absalom mengadakan pengetaman bulu domba di Baal-Hazor, berdekatan dengan Efraim. Lalu Absalom mengundang semua anak raja. Kemudian Absalom datang menghadap raja dan berkata, “Hambamu ini mengadakan pengetaman bulu domba. Kumohon raja dan para pegawainya berkenan berangkat bersama-sama hambamu ini.”
2 Samuel 13:23-24
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "pengetaman bulu domba"
Bab 13 kitab 2 Samuel kisah bermulalah hukuman TUHAN terhadap Daud kerana perbuatan jahatnya terhadap Uria seperti yang dikatakan oleh nabi Natan pedang tidak akan jauh dalam keluarga Daud selama-lamanya (2 Sam.12:10).
Bermula apabila Amnon memperkosa Tamar adik berlainan ibu (ay.14), dua tahun kemudian Absalom abang seibu Tamar membunuh Amnon semasa pesta pengetaman bulu domba Absalom di Baal-Hazor (ay.24).
Pesta telah bertukar ketakutan dan kesedihan kerana niat jahat yang dirancang Absalom berlaku.
Hari ini banyak pesta pengetaman bulu domba yang diadakan, tetapi perlu berhati-hati jangan sampai bertukar tragis, pulanglah sebelum mabuk dan sebelum melakukan perkara yang luar etika sebagai orang Kristian.
Niat hati manusia kebanyaknya jahat.
Semoga pesta pengetaman bulu domba tidak bertukar tragis.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya pesta pengetaman bulu domba berakhir dengan damai.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 20.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment