Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.”
2 Samuel 21:1
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Umat Gibeon"
Bab 21 kitab 2 Samuel kisah bencana kebuluran selama tiga tahun disebab Saul dan keluarganya berhutang darah terhadap umat Gibeon (ay.1).
Umat Gibeon saki baki orang Amori (ay.2) termasuk 7 bangsa yang berdosa yang dihukum oleh TUHAN pada zaman Yosua (Ula.7:1), tetapi orang Gibeon berdamai dengan Yosua mereka dibiarkan hidup kerana perjanjian damai itu (Yos.9:1-27).
Tetapi Saul melanggar perjanjian, TUHAN pula menghukum umat Israel pada zaman Daud dengan kebuluran (ay.1).
Selepas hutang darah dilunaskan dengan korban 7 anak lelaki keturunan raja Saul maka berakhirlah hukuman TUHAN (ay.14).
Begitulah TUHAN memandang serius perjanjian umat Gibeon itu, inikan lagi perjanjian yang dimaterai oleh darah Tuhan Yesus yang selalu kita diingatkan ketika Perjamuan Kudus.
Semoga kita seperti umat Gibeon dilindungi oleh perjanjian damai pada zaman Yosua.
Doa: Tuhan Yesus kami bersyukur sebab kami dilindungi oleh perjanjian yang dimaterai oleh darah-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 28.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment