Ketika semua raja yang takluk kepada Hadadezer melihat bahawa mereka telah dikalahkan di hadapan orang Israel, mereka pun mengadakan perjanjian damai dengan orang Israel lantas menjadi umat yang takluk kepada mereka. Setelah itu, orang Aram takut membantu bani Amon lagi.
2 Samuel 10:19
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Perjanjian damai"
Bab 10 kitab 2 Samuel kisah orang Amon membuat gara-gara dengan kerajaan Daud, dengan mempermalukan utusan Daud menyampaikan ucapan takziah atas kemangkatan raja Amon (ay.4).
Bukan itu saja raja Amon mengupah orang Aram berperang untuknya melawan kerajaan Daud (ay.6).
Berlakulah perang antara mereka dan Daud menang.
Maka raja Hadadezer raja Aram melihat bahawa mereka telah kalah dia pun mengadakan perjanjian damai (ay.19).
Bukankah lebih baik berdamai untuk elak perang tetapi ini lepas perang kemudian berdamai.
Tuhan Yesus juga mengajar berdamai sebelum tiba di mahkamah (Mat.5:24-25).
Banyak konflik boleh diselesai oleh perjanjian damai berbanding diselesaikan oleh perang.
Semoga kita mengadakan perjanjian damai elak perang bukan selepas perang.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mengusahakan perjanjian damai berbanding perang.
Sejahtera selalu
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 17.2.2026
Happy Lunar New Year.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment