Kemudian berbicaralah perempuan itu, katanya, “Pada zaman dahulu orang biasa berkata begini, ‘Mintalah petunjuk di Abel’ dan demikianlah cara mereka menyelesaikan perkara. Hamba seorang daripada kalangan yang suka akan damai dan setia di Israel. Tuan berikhtiar untuk memusnahkan sebuah kota, iaitu sebuah kota induk di Israel. Mengapakah tuan hendak menelan habis harta pusaka TUHAN?” 2 Samuel 20:18-19 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Suka akan damai" Bab 20 kitab 2 Samuel kisah Yoab sekali lagi menggunakan ciuman untuk membunuh seorang pahlawan raja (ay.9-10), dia merupakan sepupu sekalinya iaitu Amasa juga anak buah Daud sebab ibu Amasa adik beradik dengan Daud dan ibu Yoab. Begitulah jahat Yoab demi mengekalkan kedudukan sebagi panglima raja Daud pakciknya sendiri. Tetapi tidak dapat di nafikan Yoab banyak membantu mengukuhkan kedudukan Daud sebagai raja. Misi kali ini untuk membunuh Seba anak Bikri orang Benyamin yang melawan raja Daud, dia bersembunyi di salah satu kota, Yoab pada mulanya mahu memusnahkan kota bersama Seba tetapi seorang perempuan bijak yang suka akan damai menggagalkan dengan hanya memberi kepala Seba kepada Yoab (ay.22). Semoga kita bijaksana seperti perempuan yang suka akan damai itu menggagalkan perang saudara yang berpotensi bersekala besar. Doa: Tuhan Yesus jadikan kami suka akan damai bukan perang. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 27.2.2026

Comments

Popular Posts