Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN ketika TUHAN menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul. Dia berkata,
“TUHAN ialah batu pejalku, kubuku, dan penyelamatku.”
2 Samuel 22:1-2
Konsapatan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Batu pejalku, kubuku dan penyelamatku".
Bab 22 kitab 2 Samuel ialah nyanyian Daud kepada TUHAN selepas selamat daripada semua musuhnya dan daripada tangan Saul.
Kalau dilihat daripada latar belakang kehidupan Daud seorang gembala ternak menjadi pemimpin apa lagi menjadi raja saya yakin bukan cita-citanya.
Tetapi segala-galanya berubah apabila dia diurapi oleh Samuel diusia belasan tahun (1 Sam.16:11-13).
Sejak itu dia diceburi oleh raja Saul dan mahu dibunuh. Selepas Daud menjadi raja dia tetapi dikejar maut oleh anaknya sendiri Absalom yang memberontak.
Tetapi dia tetap hidup kerana pertolongan TUHAN, mungkin usia Daud pada masa menulis nyanyian ini sekitar 50-an.
Kita pun dikejar-kejar maut setiap hari, penyakit, tekanan hidup, tuntutan kerja, keluarga, pelayanan, melawan nafsu, godaan, emosi marah, sedih, kecewa, sakit hati dan sebagainya.
Tetapi kita masih ada sehingga hari ini sebab pertolongan TUHAN.
Semoga kita sedar bukan sebab kita kuat tetapi TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku.
Doa: Tuhan Yesus Engkaulah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 1.3.2026.
Perang Israel Iran meletus lagi (28.2.2028), semoga TUHAN memberikan damai secepat yang boleh.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment