Hiram, raja Tirus, mengirim beberapa orang utusan kepada Daud dengan membawa kayu araz, para tukang kayu, dan para tukang batu. Mereka membina sebuah istana untuk Daud. Maka sedarlah Daud bahawa TUHAN telah mengukuhkan dia sebagai raja atas Israel dan telah mengangkat martabat kerajaannya demi Israel, umat-Nya.
2 Samuel 5:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengukuhkan dia sebagai raja"
Bab 5 kitab 2 Samuel kisah Daud menjadi raja untuk semua suku Isreal (ay.1-3) di usia 30 tahun (ay.4) selepas kematian Isyboset.
Kita faham kenapa begitu cepat tindakan para tua-tua Isreal sebab takut suku atau kota yang tidak menyokong akan diserang habis sebab begitulah kerajaan kuno berfungsi.
Daud berpindah dari Hebron ke Yerusalem, penduduk kota itu diserang dan dikalahkan (ay.7).
Selepas Daud tinggal di Yerusalem Hiram raja Tirus datang membina istana untuk Daud (ay.11).
Boleh dikatakan kerajaan Daud diktiraf oleh kerajaan lain, Daud juga menyedari hal itu bahawa TUHAN telah mengukuhkan dia sebagai raja atas Isreal (ay.12).
Kerajaan yang dipilih TUHAN memang kuat bukan lemah.
Semoga kerajaan yang kita ada seperti Daud TUHAN telah mengukuhkan dia sebagai raja.
Doa: Tuhan Yesus kukuhkan kerajaan kami supaya dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 12.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment