Apabila berita ketumpasan Abner di Hebron didengar oleh Isyboset anak Saul, maka patahlah semangatnya dan resahlah semua orang Israel. Isyboset anak Saul ada dua orang ketua pasukan, yang pertama bernama Baana dan yang kedua bernama Rekhab. Mereka anak Rimon, orang Beerot daripada bani Benyamin — kerana Beerot juga dikira sebagai daerah Benyamin. 2 Samuel 4:1-2 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Resahlah semua orang Isreal" Bab 4 kitab 2 Samuel kisah Isyboset patah semangat apabila didengar berita kematian Abner dan orang Isreal pula resah (ay.1), mungkin mereka takut Daud akan membunuh mereka sebab berpihak kepada keluarga Saul. Daud boleh melakukan itu kalau dia mahu. Kedua ketua pasukan Isyboset yang bernama Baana dan Rekhab mereka adik beradik (ay.2) pula mengkhianati dengan membunuh Isyboset di rumahnya dan memenggal kepala Isyboset (ay.7) kemudian dibawa kepada Daud di Hebron (ay.8). Daud pula membunuh kedua adik beradik itu kerana tidak setuju dengan tindakan mereka (ay.9-12). Begitulah keadaan Isreal ketika mereka ada raja, tidak jauh beza sebelum ada raja. Patah semangat, pengkhianat, pembunuhan dan keresahan masih menghantui mereka. Semoga kita yang hidup dalam kerajaan TUHAN tidak berlaku lagi resahlah orang Israel. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berlaku resah memanjang dalam hidup. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 11.2.2026.

Comments

Popular Posts