Jawab Uria kepada Daud, “Tabut Allah, orang Israel, dan orang Yehuda tinggal di pondok-pondok. Juga tuanku Yoab dan para pegawai tuanku berkhemah di padang terbuka. Bolehkah hamba balik sahaja ke rumah hamba untuk makan, minum, dan tidur dengan isteri hamba? Demi hidup tuanku dan demi nyawa tuanku, hamba tidak akan melakukan hal itu!” 2 Samuel 11:11 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bolehkah hamba balik ke rumah?" Bab 11 kitab 2 Samuel kisah dosa perzinaan Daud terhadap Batsyeba, bermula pada satu kebetulan Daud terlihat Batsyeba sedang mandi dari atas bumbung istana raja (ay.2). Melihat dari atas boleh melihat sesuatu yang tersembunyi perlu berhati-hati jangan sampai tergoda dan jatuh. Daud mengutus beberapa orang menjemput perempuan itu kemudian dia menidurinya (ay.4). Setelah diketahui perempuan itu mengandung Daud cuba menutup dosanya dengan memanggil pulang suami Batsyeba iaitu Uria orang Het seorang askar dalam pasukan Yoab, supaya dia balik rumah dan tidur dengan isterinya (ay.6-8). Tetapi Uria tidak pulang, bila ditanya kenapa tidak pulang rumah, dia kata pasukan dalam peperangan bolehkah hamba balik sahaja ke rumah? Uria tidak sanggup. Walaupun bukan orang Yehuda tetapi ada jiwa kenegaraan yang sejati. Semoga kita seperti Uria, berjiwa kenegaraan walaupun bukan negaranya yang berkata bolehkah hamba balik sahaja ke rumah sedang pasukan sedang berperang? Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati seperti Uria berjiwa kenegaraan yang sejati. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 18.2.2026 Happy Lunar New Year.

Comments

Popular Posts