Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya. Kata Daud kepada Imam Abyatar anak Ahimelekh, “Tolong bawakan baju efod ke mari.” Lalu Abyatar membawa baju efod itu kepada Daud. Daud pun menanyakan petunjuk TUHAN, katanya, “Haruskah kukejar gerombolan itu? Adakah aku akan berjaya menyusul mereka?”
Firman-Nya kepadanya, “Kejarlah. Engkau pasti dapat menyusul mereka dan merebut semuanya kembali.”
1 Samuel 30:6-8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Begitu tertekan"
Bab 30 kitab 1 Samuel kisah Daud begitu tertekan sebab kota tempat tinggal mereka iaitu Ziklag telah diserang oleh orang Amalek ketika ketiadaan Daud dan pengikutnya kerana bersama dengan Ahkis untuk berperang melawan pasukan Saul, tetapi mereka disuruh pulang kerana takut mengkhianati pasukan Filistin (1Sam.29:3-6).
Rakyat yang bersama Daud pula mengancam mahu merejam dia dengan batu (ay.6), anak isteri mereka semua habis ditawan termasuk dua isteri Daud (ay.2,5).
Tetapi Daud tidak putus asa dia bertanya kepada TUHAN apa yang perlu dilakukan, TUHAN katakan kerjarlah gerombolan Amalek dan akan dapat merebut kembali tawanan (ay.8).
Daud berbuat seperti itu dan berjaya (ay.18).
Begitu tertekan mungkin semua orang pernah alami, siapa yang kita cari? Daud mencari TUHAN, kita pun sepatutnya seperti itu mencari Tuhan Yesus dalam doa.
Bukan melepaskan tekanan dengan menyerang orang lain yang dekat dengan kita atau ambil minuman keras dan sebagainya.
Semoga kita seperti Daud begitu tertekan mencari petunjuk TUHAN.
Doa Tuhan Yesus tolong kami beri kami petunjuk yang jelas cara menghadapi tekan hidup.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 6.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment