Kemudian raja memanggil Ziba, hamba Saul itu, dan berkata kepadanya, “Segala milik Saul dan milik seluruh keluarganya kukurniakan kepada cucu tuanmu ini. Engkau, anak-anakmu dan hamba-hambamu harus mengerjakan tanah baginya serta mengumpulkan hasil supaya cucu tuanmu ini cukup makanan. Mefiboset, cucu tuanmu itu, akan selalu makan di mejaku.” Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba. 2 Samuel 9:9-10 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Segala milik Saul" Bab 9 kitab 2 Samuel kisah Raja Daud menunjukkan kebaikan kepada keluarga raja Saul demi Yonatan sahabatnya anak Saul itu (ay.1). Tinggal seorang lagi waris keluarga raja Saul iaitu Mefiboset anak Yonatan yang dijaga oleh pengasuh (ay.3). Waris itu pun dipanggil menghadap raja (ay.6), bayangkan rasa takut Mefiboset perlu kita ingat zaman itu zaman yang sangat keras, boleh jadi Daud mahu menghapus semua waris Saul supaya tiada lagi yang boleh mencabarnya. Tetapi Daud memang mahu berbuat baik, diberikan kepada Mefiboset semua milik Saul dan milik seluruh keluarganya bukan itu saja hamba Saul yang bernama Ziba diperintah oleh Daud supaya mengusahakan tanah warisan itu untuk Mefiboset, dalam pada masa itu dia makan bersama di meja raja (ay.10). Begitulah bertuahnya Mefiboset sebab waris raja Saul. Hari ini kita pun antara manusia yang bertuah kerana Tuhan Yesus sudah memberi kita warisan Injil ibarat segala milik Saul milik Mefiboset. Semoga warisan terbaik dari Tuhan Yesus kita terima seperti mana segala milik Saul diberikan kepada Mefiboset cucunya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menghargai warisan terbaik dari syurga ini. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 16.2.2026.

Comments

Popular Posts