iaitu orang Aram, orang Moab, orang Amon, orang Filistin, dan orang Amalek. Selain itu dia juga mentakdiskan hasil jarahan daripada Hadadezer anak Rehob, raja Zoba.
Nama Daud menjadi masyhur sekembalinya daripada menewaskan tentera seramai lapan belas ribu orang Edom di Lembah Garam.
2 Samuel 8:12-13
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Nama Daud menjadi masyhur"
Bab 8 kitab 2 Samuel boleh dikatakan masa keemasan pemerintahan Daud. Dia berjaya menundukkan kerajaan di sekelilingnya sebab TUHAN yang memberi kemenangan (ay.14).
Tanda seorang pemimpin yang dipilih oleh TUHAN ia berjaya melaksanakan semua agenda yang dia mahu lakukan, kita semua pemimpin untuk keluarga kita sendiri iaitu isteri atau suami anak dan cucu cicit, adakah kita berjaya laksanakan semua agenda yang paling utama ialah tundukkan mereka kepada TUHAN atau sebaliknya.
Semoga kita pun seperti nama Daud menjadi masyhur kerana TUHAN yang mengaruniakan kepadanya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menjadi masyhur kerana nama baik bukan nama buruk.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 15.2.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment