BMDC KELUARAN 40:16-17,36-38
Musa melakukan segala-galanya sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN kepadanya. Oleh itu pada hari pertama bulan pertama, tahun kedua selepas mereka meninggalkan Mesir, Khemah TUHAN dipasang. Orang Israel memindahkan perkhemahan mereka ke tempat lain hanya apabila awan itu naik dari atas Khemah TUHAN. Selama awan itu tidak naik, mereka tidak memindahkan perkhemahan mereka. Selama pengembaraan orang Israel, mereka dapat melihat awan TUHAN di atas Khemah itu pada siang hari, dan api menyala-nyala di dalam awan itu pada malam hari.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Khemah TUHAN dipasang" Bab 40 kitab Keluaran kisah Khemah TUHAN dipasang oleh Musa pada hari pertama bulan pertama tahun kedua mereka meninggalkan Mesir (ay.16-17), mengambil masa setahun para tukang membuat Khemah TUHAN.
Selepas upacara pentadbisan Khemah TUHAN dan semua peralatan termasuk besen air (ay.9-11) untuk membasuh tangan dan kaki para imam apabila masuk ke Khemah TUHAN atau mendekati mazbah korban di depan Khemah TUHAN (ay.30-32).
Begitulah peraturan di Khemah TUHAN, hari ini sepatutnya kita ada sikap menghormati mazbah TUHAN iaitu pentas gereja, pentas itu bukan seperti pentas lain yang ada di dewan.
Kemuliaan TUHAN ada di sana kalau kita khaskan hanya untuk TUHAN, seperti Khemah TUHAN ada awan kelihatan pada waktu siang dan api yang menyala-yalah dalam awan itu pada waktu malam sepanjang pengembaraan umat Israel di padang gurun (ay.38).
Semoga kita seperti Musa Khemah TUHAN dipasang supaya ada awan dan api TUHAN di tengah-tengah kehidupan kita.
Doa: Tuhan Yesus pasanglah Khemah TUHAN di dalam diri kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 14.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment