BMDC IMAMAT 15:25-26
Jika seorang perempuan mengalami pendarahan selama beberapa hari di luar masa haidnya, atau jika pendarahannya belum berhenti sesudah masa haidnya yang biasa, dia menjadi najis selama pendarahan itu, seperti pada masa dia haid. Setiap tempat tidur yang ditidurinya, atau apa sahaja yang didudukinya pada masa itu pun menjadi najis.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi najis selama pendarahan itu"
Bab 15 kitab Imamat peraturan tentang lelaki yang mengeluar lelehan kerana penyakit kelamin (ay.1-24), orang itu menjadi najis, apa sahaja barang yang digunakannya menjadi najis, kalau sudah sembuh perlu upacara penyucian dua ekor burung tekukur atau merpati, seekor korban mengampunkan dosa dan seekor lagi untuk menyenangkan hati TUHAN (ay.15).
Begitu juga dengan perempuan yang mengeluarkan darah haid atau kerana penyakit kelamin (ay.19-33).
Teringat saya kisah seorang perempuan mengalami pendarahan selama dua belas tahun, dia datang menyentuh hujung jubah Tuhan Yesus (Mat.9:20-26), menurut hukum Taurat apa saja yang disentuh oleh perempuan yang najis menjadi najis tetapi Tuhan Yesus tidak menjadi najis malah menyembuhkan perempuan itu.
Hari ini kita pun najis sebenarnya sebab banyak sebab antaranya kita bukan orang Yahudi dengan sendirinya menjadi najis, tetapi darah Tuhan Yesus menjadikan semua bangsa disucikan menjadi imam dan keturunan raja (1Pet.2:9).
Semoga kita tidak lagi menjadi najis selama pendarahan itu kerana darah Tuhan Yesus menyucikan kita
Doa: Tuhan Yesus kami bersyukur kerana Engkau menjadikan kami suci.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 29.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment