BMDC IMAMAT 7:37-38 Demikianlah peraturan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk membayar ganti rugi, korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan, dan korban untuk memohon berkat TUHAN. TUHAN memberikan perintah-perintah ini kepada Musa di atas Gunung Sinai, di padang gurun itu, pada hari Dia menyuruh umat Israel mempersembahkan korban mereka. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jenis-jenis korban kepada TUHAN" Bab 7 kitab Imamat penerangan lanjut peraturan korban ganti rugi dan korban istemewa di mana dada dan paha kanan korban milik para imam dan orang mempersembahan korban ini sendiri membawa lemak dan dada korban di atas mazbah hanya tidak membakar korban itu (ay.28-36). Mungkin jenis korban ini ditunggu-tunggu oleh para imam sebab mereka ada makanan. Dari bab 1-7 peraturan tentang memberi korban iaitu korban menyenangkan hati TUHAN, korban untuk mengucap syukur, korban untuk mengampunkan dosa, korban ganti rugi, korban semasa pentahbisan dan korban untuk memohon berkat (ay.37), semua peraturan ini diberikan oleh TUHAN di Gunung Sinai kepada Musa (ay.38). Kita tidak perlu semua korban itu sebab Tuhan Yesus sudah menjadi korban menggantinya, tetapi kita perlu berdoa mengaku dalam hati. Semoga kita dapat membawa Jenis-jenis korban kepada TUHAN itu dalam doa kita. Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana menjadi korban yang menggantikan semua jenis korban. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 21.8.2025.

Comments

Popular Posts