BMDC IMAMAT 18:22-24
Orang lelaki tidak boleh bersemburit. Allah membenci perbuatan itu. Lelaki mahupun perempuan, tidak boleh melakukan hubungan jenis dengan binatang. Perbuatan yang keji itu menajiskan kamu. Jangan najiskan diri kamu dengan perbuatan itu. Dengan cara itulah bangsa-bangsa yang tinggal di negeri Kanaan sebelum kamu, telah menajiskan diri mereka. Itulah sebabnya TUHAN mengusir mereka supaya kamu boleh tinggal di negeri itu.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak boleh bersemburit" Bab 18 kitab Imamat larangan TUHAN terhadap hubungan seks yang dilarang antaranya bersemburit iaitu hubungan lelaki dan lelaki (ay.22), hubungan seks dengan binatang (ay.23), hubungan seks dengan saudara dekat (ay.6-18), hubungan seks dengan wanita yang sedang haid (ay 19) dan banyak lagi larangan hubungan seks.
TUHAN melarang orang Israel melakukan hubungan seks seperti itu yang mana dilakukan oleh penduduk Kanaan, sebab itulah mereka diusir oleh TUHAN supaya orang Israel boleh tinggal di sana (ay.24).
Hari ini perbuatan seks yang dilarang oleh TUHAN masih dilakukan manusia, malangnya lagi ada gereja yang membenarkan perbuatan hubungan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.
Jangan tanya kenapa banyak bencana berlaku di seluruh dunia.
Semoga kita ingat tidak boleh bersemburit supaya kita tidak dihukum oleh TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus cegahlah kami daripada perbuatan seks yang dilarang itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Teringai Beach Kota Marudu Malaysia 1.9.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment