BMDC IMAMAT 5:11
Jika orang yang bersalah itu tidak mampu memberikan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati, dia harus mempersembahkan satu kilogram tepung sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Tepung itu tidak boleh dicampuri minyak zaitun ataupun kemenyan kerana korban itu adalah korban untuk mengampunkan dosa dan bukan korban untuk mengucap syukur.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban untuk mengampunkan dosa" Bab 5 kitab Imamat tentang peraturan korban untuk mengampunkan dosa seseorang yang sedar telah melakukan kesalahan, bermula dari seekor domba betina atau kambing betina (ay.5), kalau tidak mampu boleh dengan dua ekor burung tekukur atau merpati (ay.7), upacara seperti korban menyenangkan hati TUHAN untuk mengampunkan dosa yang disebut di bab 1 kitab Imamat.
Kalau seseorang tidak mampu memberi dua ekor burung tekukur atau merpati boleh dengan satu kilogram tepung tetapi tidak dicampuri dengan minyak zaitun atau kemenyan (ay.11).
Begitulah peraturan korban untuk mengampunkan dosa terhadap kesalahan yang disedari kemudian hari oleh seseorang.
Hari ini kita tidak perlu korban seperti itu, sebab Tuhan Yesus sudah menjadi korban yang sempurna. Walaupun pun begitu kita perlu mengaku kesalahan yang kita lakukan, tidak ada kos yang perlu ditanggung hanya berdoa kepada TUHAN, berbanding membawa korban satu kilogram tepung.
Semoga kita menyediakan korban untuk mengampunkan dosa dengan mengaku dalam doa.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengakui dosa kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 19.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment