BMDC IMAMAT 6:6-7
Orang yang bersalah itu harus membawa seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada cacat kepada imam sebagai korban untuk membayar ganti rugi kepada TUHAN. Harganya harus dinilai menurut apa yang ditetapkan di Khemah TUHAN. Imam harus mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban untuk membayar ganti rugi" Bab 6 kitab Imamat peraturan tentang korban untuk membayar ganti rugi, seperti orang yang mencuri, menipu atau tidak mahu mengembalikan barang yang dipinjam (ay.1-3), orang itu harus membayar sepenuhnya kepada pemilik ditambah 20 peratus (ay 4-5).
Kemudian orang yang bersalah itu membawa domba jantan atau kambing jantan sebagai korban untuk membayar ganti rugi kepada TUHAN (ay.6). Imam mempersembahkan korban itu untuk mengampunkan dosa orang bersalah itu (ay.7).
Begitulah rumit peraturan korban binatang, tiada pengampunan tanpa korban binatang itulah gambaran Tuhan Yesus korban ganti rugi kesalahan kita.
Semoga kita tidak lagi mencuri, menipu atau tidak mengembalikan barang yang dipinjam supaya tidak perlu menyediakan korban untuk membayar ganti rugi kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak mencuri, menipu atau tidak mengembalikan barang yang dipinjam.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 20.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment