BMDC KELUARAN 34:7
Aku menepati janji-Ku kepada beribu-ribu keturunan, serta mengampunkan kejahatan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Aku juga akan menghukum anak-anak dan cucu-cicit mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan yang keempat, kerana dosa ibu bapa mereka.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kerana dosa ibu bapa mereka" Bab 34 kitab Keluaran TUHAN kisah bertemu lagi dengan Musa di gunung Sinai semalam 40 hari dan 40 malam tanpa makan dan minum untuk menulis perkataan perjanjian TUHAN (ay.28). Selepas umat Israel menyembah patung lembu emas, TUHAN memperbaharui perjanjian mungkin lebih ketat berbanding sebelum ini, contohnya hukum TUHAN sampai ke generasi keempat kerana dosa ibu bapa mereka (ay.7), tidak disebut kali pertama perjanjian dibuat. Oleh sebab dosa menyembah patung lembu emas TUHAN menambah hukum itu kepada umat Israel.
Kita bersyukur sebab di dalam Tuhan Yesus dosa kita diampuni bukan sebab kita benar tetapi dibenarkan oleh darah Tuhan Yesus (Mat.26:28).
Semoga kita tidak lagi melakukan dosa kerana hukuman TUHAN sampai ke generasi keempat kalau ibubapa tidak bertaubat dengan menerima Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat beriman kepada-Mu, supaya generasi seterusnya tidak di hukum oleh TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 8.7.2025
Salam takziah kepada keluarga Tpk. Jafet (6.8.2025) dan keluarga Pdt. Jastin Jiran (7.8.2025) damilah mereka bersama Bapa di Syurga.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment