BMDC IMAMAT 10:2-3
Tiba-tiba TUHAN mengirim api, yang membakar mereka sehingga mati di situ juga, di dalam Khemah TUHAN. Kemudian Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman, ‘Semua orang yang mengabdikan diri kepada-Ku harus menghormati kesucian-Ku. Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku kepada segenap umat-Ku.’ ” Tetapi Harun diam sahaja.
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menghormati kesucian-Ku" Bab 10 kitab Imamat kisah sedih menimpah keluarga imam Harun, dua orang anaknya mati disambar api dari TUHAN kerana mereka mempersembahkan bara api yang tidak diperintahkan TUHAN untuk dipersembahkan. Anak Imam Harun yang bernama Nadab dan Abihu mati serta merta di dalam Khemah TUHAN, mungkin di depan mazbah pembakaran kemenyan.
Kita tidak tahu api yang macam mana yang diperintahkan TUHAN dan yang tidak diperintahkan.
Mereka mati sebab tidak menghormati kesucian TUHAN.
Hari ini setiap minggu kita menghadap kesucian TUHAN di gereja, berapa ramai di antara kita yang mati secara rohani.
Semoga kita menghormati kesucian-Ku kata TUHAN dalam ibadah hari dan selama-lamanya.
Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami menghormati kesucian-Mu setiap hari.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 24.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment