BMDC KELUARAN 37:1-2
Bezaleel membuat Tabut Perjanjian daripada kayu akasia berukuran 110 sentimeter panjang, 66 sentimeter lebar, dan 66 sentimeter tinggi. Dia menyaluti bahagian dalam dan bahagian luarnya dengan emas tulen, dan membuat bingkai emas di sekelilingnya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bezaleel membuat Tabut Perjanjian" Bab 37 kitab Keluaran kisah Bezaleel membuat perabot suci dalam Khemah TUHAN, selepas khemah siap dipasang perabot suci pula dibuat. Semua perabot dan peralatan disalut dengan emas, kecuali penutup Tabut Perjanjian semua emas tulen (ay.6).
Begitulah hebat Bezaleel tukang yang dipilih oleh TUHAN.
Hari ini gereja masih memerlukan tukang yang hebat membuat Tabut Perjanjian seperti Bezaleel, kalau kita peka dengan potensi di kalangan jemaah, kita akan tahu orang yang sesuai kerja atau pelayanan tertentu, sebagi tukang pembuat perabot atau tukang yang membentuk hati jemaah supaya cantik di hadapan TUHAN.
Semoga kita seperti Bezaleel membuat Tabut Perjanjian yang sangat cantik di Khemah TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus gelaplah potensi kami agar boleh menghasilkan sesuatu yang cantik dalam gereja Mu seperti Bezaleel.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment