BMDC IMAMAT 4:1-3
TUHAN memerintah Musa supaya memberitahu orang Israel bahawa jika seseorang berdosa dan melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja, orang itu harus mematuhi peraturan berikut. Jika Imam Agung yang berdosa, sehingga menyebabkan semua orang Israel bersalah, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada kecacatan kepada TUHAN, supaya dosanya diampunkan.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban dosa yang tidak sengaja" Bab 4 kitab Imamat peraturan korban dosa yang tidak sengaja dilakukan oleh Imam Agung (ay.3-12), iaitu seekor lembu jantan muda, Imam Agung meletakan tangannya di atas kepala lembu, darah lembuh dipercik dengan jari Imam Agung depan tirai pemisahan Bilik Suci dalam Khemah TUHAN (ay.6) dan menyapu sedikit darah pada anjuran mazbah kemenyan di dalam Khemah TUHAN (ay.7). Semua lemak korban dibakar habis di atas mazbah (ay.10) dan seluruh korban itu dibakar habis di luar perkhemahan (ay.12).
Untuk korban dosa yang tidak sengaja kalau seluruh umat Israel sama seperti peraturan seperti Imam Agung hanya para pemimpin umat meletakan tangan di atas kepala lembu jantan muda (ay.13-21).
Kalau pemimpin yang melakukan dosa yang tidak sengaja seekor kambing jantan (ay.22-26) tetapi tidak perlu darah korban dipercik di depan terai pemisahan Bilik Suci, dan tidak perlu dibakar habis korban di luar perkhemahan hanya semua lemak dibakar di atas mazbah dan darah korban disiram di bawah mazbah.
Kalau rakyat jelata seekor kambing betina (ay.27-31) sama seperti peraturan untuk pemimpin yang melakukan dosa tidak sengaja.
Boleh juga seekor domba (32-35).
Begitulah peraturan korban untuk pengampunan dosa yang tidak sengaja.
Hari ini pun banyak kali kita melakukan dosa yang tidak sengaja.
Semoga kita cepat-cepat mengaku dosa dengan berdoa kepada TUHAN, darah Tuhan Yesus korban dosa tidak sengaja itu.
Doa: Tuhan Yesus kami mengaku selalu melakukan dosa tidak sengaja, sekali lagi kami mohon diampuni dengan darah-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 18.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment