BMDC IMAMAT 9:24
Tiba-tiba TUHAN menurunkan api, dan api itu membakar semua korban untuk menyenangkan hati TUHAN, serta bahagian-bahagian berlemak yang ada di atas mazbah. Apabila umat Israel melihatnya, mereka bersorak-sorak lalu sujud menyembah TUHAN.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tiba-tiba TUHAN menurunkan api" Bab 9 kitab Imamat kisah pada hari kelapan selepas Harun dan anak-anaknya berada di pintu Khemah TUHAN selama tujuh hari, Harun menyembelih korban untuk mengampunkan dosanya dan korban menyenangkan hati TUHAN.
Bahagian korban yang sudah disediakan di atas Mazbah tiba-tiba TUHAN menurunkan api untuk membakar korban itu, apabila umat melihat mereka bersorak dan menyembah TUHAN (ay.24). Itulah kemuncak upacara pentadbisan Harun dan anak-anaknya.
Hari ini pentahbisan para pdt masih ada kehadiran api dari TUHAN membakar korban menyenangkan hati TUHAN iaitu hati yang sedia melayani TUHAN tanpa syarat seumur hidup.
Semoga kita merasa tiba-tiba TUHAN menurunkan api untuk membakar korban menyenangkan hati TUHAN supaya mereka yang ditahbis bersemangat melayani.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami api Mu supaya kami mampu melayani seumur hidup tanpa syarat.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 23.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment