BMDC KELUARAN 36:6-7
Kemudian Musa memberitahu segenap umat supaya tidak membawa sumbangan lagi untuk Khemah TUHAN; umat pun tidak memberikan apa-apa lagi. Bahan-bahan yang sudah diberikan lebih daripada cukup untuk menyelesaikan segala pekerjaan itu.
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lebih daripada cukup"
Bab 36 kitab Keluaran kisah para tukang terbaik yang diketuai oleh Bezaleel dan Oholiab membina Khemah TUHAN (ay.1), semua bahan binaan sumbangan persembahan rakyat lebih daripada cukup (ay.6-7).
Musa dan para tukang pasti bersemangat membina Khemah TUHAN itu sebab sokongan yang begitu baik malah lebih daripada cukup, pengalaman saya membina gedung gereja tidak pernah menerima sumbangan atau persembahan lebih daripada cukup tetapi sebaliknya, projek ambil masa beberapa tahun untuk disiapkan kerana tiada dana.
Semoga kita seperti umat Israel yang memberi sumbangan lebih daripada cukup untuk pembangunan gereja.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang tergerak memberi sumbangan lebih daripada cukup kepada gereja.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 10.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment