BMDC IMAMAT 17:5
Perintah ini bermaksud bahawa mulai masa itu, orang Israel harus membawa semua binatang yang hendak dipersembahkan ke Khemah TUHAN; dahulu binatang itu biasanya disembelih di padang. Orang Israel wajib membawa binatang itu kepada imam di hadapan pintu Khemah TUHAN, dan menyembelihnya di situ sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dipersembahkan di Khemah TUHAN" Bab 17 kitab Imamat peraturan tentang darah, semua korban binatang mesti dibawa Khemah TUHAN dan disembelihnya di situ, tidak boleh disembelih di padang (ay.5).
Hari ini ibadah kita tidak dibatasi tempat dan ruang, selagi nama Tuhan Yesus disembah dan dipuji ibadah kita diterima oleh TUHAN, sebab tidak lagi menggunakan darah korban sebagi bahan ibadah, tetapi darah Tuhan Yesus sekali untuk selama-lamanya (Ibr.10:2).
Semoga ibadah kita dipersembahkan di Khemah TUHAN iaitu diadakan di dalam nama Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus terimalah ibadah kami walaupun di mana pun kami berada.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 31.8.2025
Selamat hari kebangsaan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment