BMDC IMAMAT 3:1-3 Apabila seseorang mempersembahkan salah seekor lembunya sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN, lembu itu boleh jantan atau betina, tetapi tidak boleh ada kecacatan. Orang itu harus meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu, lalu menyembelihnya di hadapan pintu Khemah TUHAN. Imam-imam keturunan Harun akan menyiramkan darah lembu itu pada keempat-empat sisi mazbah, lalu mempersembahkan bahagian berikut daripada lembu itu sebagai persembahan makanan kepada TUHAN: semua lemak yang membungkus isi perut, Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban untuk memohon berkat" Bab 3 kitab Imamat peraturan tentang korban memohon berkat ini merupakan jenis korban ketiga. Sama seperti korban menyenangkan hati TUHAN untuk mengampunkan dosa (Ima.1:4), boleh seekor lembu, domba atau kambing, tidak ada cacat (ay.1) dibawa ke Khemah TUHAN, orang yang membawa korban meletakan tangan di atas kepala binatang korban (ay.2), darah korban disiram di atas keempat sisi mazbah (ay 2), semua lemak yang membungkus isi perut, lemak dan buah pinggang dan bahagian terbaik daripada hati lembu itu semua dibakar habis oleh imam di atas mazbah (ay.3-4). Lemak dan darah untuk TUHAN umat Israel tidak boleh makan untuk selama-lamanya (ay.17). Begitulah peraturan korban memohon berkat. Hari ini kita tidak perlu korban binatang untuk memohon berkat hanya melalui doa. Tetapi kalau berdoa pun tidak mahu memohon berkat macam mana kehidupan rohani seseorang. Semoga kita tidak lupa berdoa membawa korban untuk memohon berkat kepada TUHAN di gereja atau di mana sahaja kita berdoa. Doa: Tuhan Yesus kesihani kami berikan kami berkat kesihatan, kecukupan dan kebahagian setiap hari. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 17.8.2025.

Comments

Popular Posts