BMDC IMAMAT 8:34-35
TUHAN memberikan perintah supaya apa yang kita lakukan hari ini, juga dilakukan seterusnya; dengan upacara ini dosa kamu diampunkan. Kamu mesti berada di pintu Khemah TUHAN siang dan malam selama tujuh hari, untuk melakukan apa yang sudah diperintahkan TUHAN. Jika tidak, kamu akan mati. Hal inilah yang diperintahkan TUHAN kepadaku.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pentahbisan Harun dan Anak-anaknya" Bab 8 kitab Imamat peraturan pentahbisan Harun dan anak-anaknya menjadi imam, mereka membawa korban seekor lembu jantan muda untuk korban mengampunkan dosa, dua ekor domba jantan dan sebakul roti tidak beragi, mereka ditahbis di depan Khemah TUHAN memakai pakaian imam (ay.1-2). Selepas upacara pentadbisan mereka tetap berada di pintu Khemah TUHAN selama tujuh hari, kalau tidak mereka akan mati (ay.35).
Demikianlah upacara pentadbisan iman.
Hari ini pentahbisan sebagi pdt masih berjalan, istemewa di gereja PCS sebab mentahbis team pastor yang boleh berperanan sebagi pdt kalau dalam pasukan dua atau tiga orang.
Semoga kita seperti pentahbisan Harun dan anak-anaknya berada di pintu Khemah TUHAN sepanjang hidup supaya rohani kita tidak mati.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya boleh berada di pintu Khemah TUHAN seumur hidup.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 22.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment