BMDC IMAMAT 1:4 Orang itu harus meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu supaya persembahannya diterima oleh TUHAN sebagai korban untuk mengampunkan dosanya. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban untuk mengampunkan dosa" Bab 1 kitab Imamat kisah TUHAN memanggil Musa dari dalam Khemah TUHAN (ay.1), bukan lagi di gunung Sinai selepas ada Khemah TUHAN dipasang di tengah-tengah perkhemahan orang Israel (Kel.40). Peraturan pertama yang TUHAN berikan korban pengampunan dosa, iaitu boleh seekor lembu, domba, kambing atau burung mesti tidak bercacat. Seseorang meletakan tangan di atas kepala lembu supaya persembahannya diterima oleh TUHAN sebagai korban untuk mengampunkan dosanya (ay.4), darah korban disiram ke atas keempat empat sisi mazbah di hadapan pintu Khemah TUHAN (ay.5), korban itu dibakar habis di atas mazbah oleh imam (ay.9). Begitulah cara dosa diampunkan oleh TUHAN mesti ada darah yang disiram di atas mazbah di hadapan Khemah TUHAN dan korban dibakar habis. Tuhan Yesus telah menjadi korban pengampunan dosa manusia. Semoga kita tidak melakukan dosa lagi sebab korban untuk mengampunkan dosa sudah selesai tiada lagi korban lain. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak berbuat dosa lagi. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 15.8.2025.

Comments

Popular Posts