BMDC IMAMAT 11:20-23
Semua serangga yang bersayap adalah haram, kecuali serangga yang dapat melompat. Kamu boleh makan belalang juta, jengkerik, dan belalang. Tetapi semua serangga lain yang bersayap dan juga yang merayap mesti dianggap haram.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kamu boleh makan belalang juta, jengkerik dan belalang" Bab 11 kitab Imamat peraturan-peraturan tentang makanan haram dan halal (ay.1). Semua yang berkuku belah dan memamah biak (mengunyah semula makanan yang ada dalam perut dengan memuntahkan ke mulut) (ay.3), tetapi boleh makan belalang juta, jengkerik dan belalang (ay.22). Bagi kita yang tidak biasa memakan serangga tersebut walaupun halal tetap tidak memakannya, tetapi babi walaupun haram tetap dimakan sebab sudah menjadi kebiasaan.
Hari ini kebanyak orang Kristian peraturan halal dan haram tidak lagi masuk dalam ajaran gereja, tetapi kalau mahu mengikuti sebab alasan kesihatan boleh dilakukan. Tuhan Yesus sendiri tidak lagi mengajar peraturan halal dan haram (Mrk.7:19).
Walaupun begitu perkataan seseorang boleh menyebabkan dia najis atau haram (Mrk.7:20) seperti mana memakan makanan haram.
Semoga kita faham peraturan kamu boleh makan belalang juta, jengkerik dan belalang sesuai konteks.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menjadi najis atau haram sebab perkataan yang kami ucapkan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.8.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment