BMDC KELUARAN 31:1-4 TUHAN berfirman kepada Musa, “Aku telah memilih Bezaleel anak Uri, cucu Hur, daripada suku Yehuda. Aku telah mengurniai Bezaleel kuasa-Ku. Aku telah memberi dia pengertian, kemahiran, dan kebolehan dalam segala jenis karya seni: untuk merancang rekabentuk yang memerlukan kemahiran serta membuatnya dengan menggunakan emas, perak, dan gangsa; Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memilih Bezaleel anak Uri cucu Hur" Bab 31 kitab Keluaran menceritkan TUHAN memilih Bezaleel anak Uri dari suku Yehuda (ay.2) dan Oholiab anak Ahisamakh dari suku Dan (ay.6) sebagi tukang membuat Khemah TUHAN, perabot serta pakaian imam. TUHAN telah memilih mereka dan menguniakan kuasa-Nya memberi mereka pengertian, kemahiran dan kebolehan menggunakan emas, perak dan gangsa (ay.3-4). Bukan semua diberi kurnia bertukang, hanya dua orang ini sahaja yang diberi oleh TUHAN di kalangan umat Israel. Dalam jemaah kita hari ini pun TUHAN masih memberi kurnia mahir bertukang, supaya bangunan dan perabot gereja dapat dibuat dengan cantik. Semoga ada dikalangan anggota jemaah kita seperti Bezaleel anak Uri dan Oholiab anak Ahisamakh tukang yang hebat untuk membina gereja, perabot dan pakaian para pelayanan. Doa: Tuhan Yesus berikan kami kurnia dan kuasa-Mu supaya kami dapat satu kemahiran atau kebolehan tertentu dalam gereja demi kemuliaan TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 5.8.2025.

Comments

Popular Posts