BMDC KELUARAN 39:30-31 Mereka membuat suatu perhiasan daripada emas tulen, suatu tanda yang suci bahawa mereka sudah ditahbiskan. Pada perhiasan itu mereka mengukir perkataan ini: “Ditahbiskan untuk TUHAN.” Mereka mengikatkan perhiasan itu pada serban dengan tali biru, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ditahbis untuk TUHAN" Bab 39 kitab Keluaran kisah pembinaan Khemah TUHAN selesai orang Israel membuat segala-galanya seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa (ay.32), tidak dinyatakan berapa lama besar kemungkinan kurang dari 5 tahun, ketika mereka berada di kaki gunung Sinai. Bukan saja Khemah TUHAN serta perkakas tetapi pakaian para imam juga diselesaikan, ada hiasan suci daripada emas tulen diikat dengan Tali biru pada serban para imam yang ditulis "Ditahbis untuk TUHAN" (ay.30-31) Dalam konteks PCS sigal boleh dijadikan pakaian khas yang dipakai para Pdt Tpk dihias dengan perkataan ditahbis untuk TUHAN. Semoga kita yang sudah ditahbis ingat bahawa ditahbis untuk TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami yang sudah ditahbis ingat bahawa ditahbis untuk TUHAN bermaksud seumur hidup setia melayani-Mu di mana saja kami berada. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 13.8.2025.

Comments

Popular Posts