BMDC KELUARAN 33:4-5 Selepas umat mendengar firman itu, mereka mula berkabung dan tidak lagi memakai barang kemas, kerana TUHAN telah menyuruh Musa menyampaikan firman-Nya kepada umat Israel, “Kamu umat yang degil. Jika Aku ikut bersama-sama kamu walau seketika pun, tentu kamu akan Kubinasakan sama sekali. Sekarang, tanggalkanlah barang kemas kamu; kemudian Aku akan menentukan apa yang Aku lakukan kepada kamu. "Tidak lagi memakai barang kemas" Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "tidak lagi memakai barang kemas" Bab 33 kitab Keluaran kisah umat Israel dikatakan degil oleh TUHAN dan Dia tidak lagi bersama-sama mereka ke tanah yang dijanjikan tetapi mengutus malaikat bersama umat Israel (ay.3). Mendengar hal itu umat Israel berkabung dan tidak lagi memakai barang kemas (ay.4), sebab itulah selepas mereka meninggalkan Gunung Sinai tidak lagi memakai barang kemas. Itu tanda pertaubatan mereka dari menyembah patung lembu emas yang disebut di bab 32. Hari ini ada cara masing-masing menunjukkan tanda pertaubatan ada yang tidak makan makanan lazat, tidak makan daging, tidak mengunting rambut, tidak menghadiri keraian dan sebagainya. Saya pernah tidak gunting rambut selama 9 bulan dilakukan sebab salah satu tanda doa yang bersungguh-sungguh kepada TUHAN. Semoga kita dapat menunjukkan pertaubatan seperti orang Israel tidak lagi memakai barang kemas selepas meninggalkan Gunung Sinai. Doa: Tuhan Yesus kami perlu bertaubat seperti orang Israel selepas jatuh dalam dosa menyembah patung lembu emas. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.8.2025.

Comments

Popular Posts