BMDC IMAMAT 14:8-9 Orang yang sudah diumumkan tahir itu harus mencuci pakaiannya, mencukur semua rambutnya, dan mandi; lalu dia akan tahir. Dia boleh masuk ke dalam perkhemahan, tetapi dia mesti tinggal di luar khemahnya selama tujuh hari. Pada hari ketujuh, sekali lagi dia harus mencukur rambutnya, janggutnya, bulu keningnya, dan semua bulu roma yang ada pada badannya. Kemudian dia harus mencuci pakaiannya dan mandi, lalu dia akan tahir. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mencuci pakaiannya dan mandi, lalu dia akan tahir" Bab 14 kitab Imamat peraturan upacara penyucian setelah sembuh daripada penyakit kulit yang mengerikan (ay.1-31) dan penyucian kulapuk di dalam rumah (ay.32-57). Upacara penyucian perlu korban mengampunkan dosa dan korban menyenangkan hati TUHAN hampir sama dengan upacara pentahbisan imam. Maksudnya seseorang tidak tahir selagi tidak diampunkan dosa oleh TUHAN melalui darah korban haiwan walaupun bukan penghidap penyakit kulit yang mengerikan. Paulus juga perlu menjalani upacara penyucian (Kis.21:24) seperti mana orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, dia dianggap najis sebab hidup bersama dengan orang bukan Yahudi kerana menyampaikan Injil. Hari ini kita semua sudah disucikan oleh darah Tuhan Yesus, tidak perlu lagi darah haiwan. Tinggal lagi kita mengaku dalam doa sudah disucikan oleh darah Tuhan Yesus. Semoga kita seperti orang menyucikan diri mencuci pakaiannya dan mandi, lalu dia akan tahir. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya percaya sudah disucikan oleh darah-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 28.8.2025.

Comments

Popular Posts